Thursday, October 1, 2009

Sukan-Badminton



Perlawanan akhir lelaki perseorangan yang dimainkan oleh Beh Lih Wei (kanan) dan Lee Chia Meng (kiri).

PERTANDINGAN badminton interkolej bagi Kampus Kejuteraan, Universiti Sains Malaysia telah diadakan pada 28 September hingga 30 September, 2009. Pertandingan badminton tersebut dijalankan di stadium dalam Kampus Kejuteraan.

Dalam perlawanan akhir lelaki perorangan, Beh Lih Wei yang mewakili Desa Siswa Jaya telah gagal mengatasi penentangnya, Lee Chia Meng yang mewakili Desa Siswa Lembaran.

Walaupun masing-masing menampilkan persembahan yang rancak dan seimbang namun Beh Lih Wei terpaksa akur dengan ketangkasan Lee Chia Meng pada set penentuan.

Pemain yang mewakili Desa Siswa Lembaran itu, menang Beh Lih Wei dengan 22-20, 15-21, 21-7. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang menarik. Sebelum memasuki perlawanan akhir, Lee Chia Meng telah mengejutkan pemain yang juga dari Desa Siswa Lembaran, Low Teik Ning dengan 21-16, 4-21, 21-19, pada saingan separuh akhir.


Lee Chia Meng menang Beh Lih Wei dengan 22-20, 15-21, 21-7.

Menurut Lee Chia Meng yang mewakili Desa Siswa Lembaran, pertandingan badminton interkolej ini merupakan pertama kali dia menyertai pertandingan badminton. Dia juga berkata bahawa badminton merupakan sukan kegemarannya, dia sentiasa mengajak kawan-kawannya memainkan badminton pada masa lapang. Dia berasa gembira apabila dia berjaya menewaskan tentangannya.


Sikap yang tidak mudah putus asa telah membawa kemenangan yang pertama kepada Lee Chia Meng.

Lee Chia Meng seorang pemain yang tidak mudah putus asa. Dengan itu, dia bercuba sedaya upaya dalam perlawanan tersebut. Dia berjanji akan terus berusaha bersungguh-sungguh agar dapat menjadi seorang pemain badminton yang unggul dalam Malaysia pada masa depan.






0 comments:

Post a Comment