MASIH lagi mempunyai kira-kira tiga minggu tibalah Hari Raya Aidilfitri. Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, orang Melayu yang beragama Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Semasa orang Melayu menyambut bulan Ramadhan, terdapat pasar Ramadhan yang menjual pelbagai jenis makanan diadakan secara besar-besaran.
Sebuah pasar Ramadhan yang diadakan secara besar-besaran di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan. Gerai-gerai dalam pasar Ramadhan tersebut telah bermula perniagaan mereka sejak bulan Ramadhan. Para penjual akan mula membuat persiapan untuk berniaga sejak pukul 4 petang dan mereka akan mengakhiri perniagaan mereka kira-kira pada pukul 7 malam.
Suasana yang riuh-rendah di pasar Ramadhan.
Para penjual yang sedang sibuk menjalankan perniagaan mereka.
Terdapat ramai orang yang mengunjungi pasar Ramadhan tersebut, terutamanya orang Melayu. Selain itu, terdapat juga sesetengah orng Cina dan orang India mengunjungi pasar Ramadhan. Dengan itu, suasana di sana sangat meriah dan riuh-rendah. Dalam pasar Ramadhan, terdapat banyak gerai yang sedang menjalankan perniagaan dan juga mempunyai pelbagai jenis pilihan makanan untuk pembeli.
Semasa mengunjungi pasar Ramadhan tersebut, terdapat seorang pak cik yang buta sedang mencari rezekinya dengan memainkan alatan muzik dan menyanyikan lagu. Perbuatannya telah menarik perhatian orang ramai.
Pak cik yang buta itu sedang mencari rezekinya.
Walau bagaimanapun, pasar Ramadhan yang diadakan secara besar-besaran itu juga mendatangkan kesan sampingan. Sebagai contoh, gerai-gerai yang menjual ayam panggang dan sate telah mengeluarkan asap yang akan mengakibatkan pencemaran udara. Tambahan pula, terdapat penjual yang tidak bertanggungjawab yang membuang sampah sarap di merata-rata tempat. Para pembeli yang melanggar peraturan jalan raya yang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas.
Gerai-gerai yang menjual ayam panggang itu mengeluarkan asap yang akan mengakibatkan pencemaran udara.
Sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat.
Para pembeli yang melanggar peraturan jalan raya menyebabkan kesesakan lalu lintas.
0 comments:
Post a Comment