Thursday, October 1, 2009

Seorang Tukang Gaharu

0 comments

GAHARU merupakan salah satu budaya bagi orang Cina. Ia juga boleh dikenali sebagai warisan budaya yang penting bagi orang Cina. Walau bagaimanapun, semakin kurang orang Cina pada masa kini ingin mengikuti warisan budaya tersebut, terutamanya generasi muda.

Di negeri Pulau Pinang, terdapat sebuah kilang yang menghasilkan gaharu di Kubang Semang, Bukit Mertajam. Pemilik kilang itu merupakan seorang tukang gaharu yang bernama Ong Chin Chye, 49 tahun. Beliau telah menceburi dalam bidang selama 15 tahun dan merupakan seorang tukang gaharu yang terkenal di Bukit Mertajam.


Tukang gaharu, Encik Ong Chin Chye, 49 tahun.

Menurut Encik Ong, pada masa dahulu, kilangnya hanya menghasilkan colok sahaja. Kemudian, beliau mendapati bahawa bidang pembuatan gaharu merupakan bidang baru dan mempunyai perkembangan yang luas pada masa depan. Dengan itu, beliau pun mengambil keputusan untuk menceburi dalam bidang tersebut.

Encik Ong berkata: “proses menghasilkan sebatang gaharu memerlukan masa yang agak lama.” Dengan itulah, proses menghasilkan gaharu memerlukan tenaga kerja yang banyak dan juga memerlukan kemahiran yang baik.


Beliau berkata bahawa proses menghasilkan gaharu memerlukan tenaga kerja dan juga kemahiran yang baik.

Terdapat kira-kira 20 orang pekerja yang bekerja di kilang tersebut. Kebanyakan pekerja adalah dalam lingkungan umur 30 tahun hingga 45 tahun. Terdapat juga remaja yang membuat kerja sambilan di kilang semasa cuti sekolah. Beliau berkata bahawa semakin kurang orang yang ingin menceburi dalam bidang tersebut, terutamanya generasi muda pada masa kini. Hal ini kerana generasi muda menganggap bidang ini tidak dapat mendapat keuntungan yang lumayan.

Menurut salah seorang pekerja, Encik Ong merupakan seorang tauke yang baik hati, sentiasa mengambil berat para pekerjanya. Tambahan pula, beliau juga merupakan seorang tauke yang mementingkan kebajikan para pekerjanya. Beliau mengamalkan semangat yang tidak mementingkan keuntungan, tetapi mementingkan warisan budaya bagi orang Cina.


Encik Ong adalah seorang tauke yang mengambil berat para pekerjanya dan sentiasa bekerjasama dengan mereka.

Encik Ong berkata: “saya berharap bahawa warisan budaya ini dapat terus diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang baru.”

Sukan-Badminton

0 comments



Perlawanan akhir lelaki perseorangan yang dimainkan oleh Beh Lih Wei (kanan) dan Lee Chia Meng (kiri).

PERTANDINGAN badminton interkolej bagi Kampus Kejuteraan, Universiti Sains Malaysia telah diadakan pada 28 September hingga 30 September, 2009. Pertandingan badminton tersebut dijalankan di stadium dalam Kampus Kejuteraan.

Dalam perlawanan akhir lelaki perorangan, Beh Lih Wei yang mewakili Desa Siswa Jaya telah gagal mengatasi penentangnya, Lee Chia Meng yang mewakili Desa Siswa Lembaran.

Walaupun masing-masing menampilkan persembahan yang rancak dan seimbang namun Beh Lih Wei terpaksa akur dengan ketangkasan Lee Chia Meng pada set penentuan.

Pemain yang mewakili Desa Siswa Lembaran itu, menang Beh Lih Wei dengan 22-20, 15-21, 21-7. Perlawanan tersebut merupakan perlawanan yang menarik. Sebelum memasuki perlawanan akhir, Lee Chia Meng telah mengejutkan pemain yang juga dari Desa Siswa Lembaran, Low Teik Ning dengan 21-16, 4-21, 21-19, pada saingan separuh akhir.


Lee Chia Meng menang Beh Lih Wei dengan 22-20, 15-21, 21-7.

Menurut Lee Chia Meng yang mewakili Desa Siswa Lembaran, pertandingan badminton interkolej ini merupakan pertama kali dia menyertai pertandingan badminton. Dia juga berkata bahawa badminton merupakan sukan kegemarannya, dia sentiasa mengajak kawan-kawannya memainkan badminton pada masa lapang. Dia berasa gembira apabila dia berjaya menewaskan tentangannya.


Sikap yang tidak mudah putus asa telah membawa kemenangan yang pertama kepada Lee Chia Meng.

Lee Chia Meng seorang pemain yang tidak mudah putus asa. Dengan itu, dia bercuba sedaya upaya dalam perlawanan tersebut. Dia berjanji akan terus berusaha bersungguh-sungguh agar dapat menjadi seorang pemain badminton yang unggul dalam Malaysia pada masa depan.