Thursday, August 13, 2009

Bahaya

HUJAN lebat yang diiringi dengan tiupan angin yang kuat telah terlanda di sekitar kawasan Serdang, Selangor pada hari Isnin yang lepas, iaitu 10hb Ogos, kira-kira pada pukul 4 petang.


Akibat daripada hujan yang lebat dan juga diiringi tiupan angin yang kuat telah menyebabkan berlakunya banyak kejadian kerosakan kemudahan-kemudahan awam. Antaranya termasuklah bumbung perhentian bas telah ditiup kerana tiupan angin yang kuat. Kejadian tersebut berlaku di perhentian bas yang berada di depan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Bumbung perhentian bas ditiup akibat tiupan angin yang kuat pada hari Isnin yang lepas.

Kepingan bumbung yang rosak tersebut masih tersangkut di atas. Keadaan ini amat membimbangkan dan sangat berbahaya kerana keselamatan bagi para pelajar UPM yang menunggung bas di perhentian bas tersebut akan tergugat.

Kepingan bumbung masih yang tersangkut di atas mengugat keselamatan para pelajar UPM yang menunggung bas di perhentian bas tersebut.

Walau begitu, terdapat juga para pelajar yang tidak bimbang tentang keselamatan mereka langsung. Memandangkan kejadian tersebut telah berlaku selepas beberapa hari, tetapi masih tidak ada sebarang pembaikan dilakukan supaya dapat membaik pulih kemudahan awam ini. Jika hujan lebat kali yang kedua berlaku di kawasan tersebut, bumbung perhentian bas yang tidak diperbaiki itu mungkin akan mendatangkan bahaya kepada para pelajar UPM yang menunggung bas di perhentian bas tersebut.

Boleh kita bayangkan betapa kuat tiupan angin itu yang dapat menyebabkan kepingan bumbung itu ditiup menjadi keadaan seperti yang kita lihat.

0 comments:

Post a Comment