Sekarang, alam persekitaran dipenuhi dengan pelbagai jenis pencemaran. Antaranya, termasuklah pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bunyi dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga pencemaran yang berlainan, iaitu pencemaran budaya, pencemaran bahasa, pencemaran pemandangan dan lain-lain lagi.
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar merupakan kejadian pencemaran pemandangan yang berlaku di Kolej Kelima, blok kediaman perempuan.
Terdapat sesetengah pelajar perempuan yang tidak bertanggungjawab telah menyidai pakaian di luar bilik mereka. Walau bagaimanapun, di kawasan tersebut terdapat notis yang menyatakan bahawa para pelajar dilarang menyidai pakaian di kawasan tersebut.
Perbuatan ini merupakan salah satu perbuatan yang menjolok mata dan tidak bermoral. Tambahan pula, perbuatan tersebut akan meninggalkan imej buruk kepada para pelawat atau warga-warga yang tinggal di blok tersebut.